skip to Main Content
Dude Harlino Sertai Perlancaran Radix

Dude Harlino Sertai Perlancaran Radix

HPA International – Pada 14 Oktober yang lalu, telah berlangsungnya acara pertemuan Kantor Cabang serta Radix Hallmart Indonesia yang bertempat di Hotel Aseania, Langkawi. Seramai 72 anggota ahli telah diundang bersama duta Kopi Radix Pak Haji, Dude Harlino berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang ke Pulau Langkawi dengan menaiki Charted Flight khas yang ditempah oleh Pengarah Urusan Tuan Haji Ismail.

Kesemua peserta yang hadir disambut dengan penuh gilang-gemilang bagi meraikan kedatangan mereka. Dude Harlino diundang buat julung-julung kalinya bersempena dengan Pelancaran Radix Pasta Gigi serta Radix Coffee Can yang bakal menjadi satu fenomena di dunia ekonomi produk halal.

Makan malam gala yang diadakan di di Hotel Aseania turut dihadiri oleh beberapa PJS Malaysia serta pihak pengurusan atasan HPA International yang diketuai oleh Pengarah Urusan, Tuan Haji Ismail, Pengarah Urusan Dua, Tuan Haji Fisal bin Tajuddin, Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Dorina binti Abdullah serta beberapa pegawai kanan dan staff yang terlibat.

Tuan Haji Ismail berkata ketika majlis perasmian itu berlangsung, para ahli harus seiring dengan perkembangan dunia teknologi diatas talian (online) yang telah diguna pakai dalam sistem Radix Hallmart. Perniagaan diatas talian ini dilihat sebagai corak pemasaran baru yang giat dipratikkan oleh dunia perniagaan masa kini. Untuk melangkah lebih jauh, kita harus seiring dengan dunia teknologi masa kini supaya ekonomi umat Islam akan lebih jauh kehadapan.

Beberapa anugerah penghargaan turut di sampaikan oleh Pengarah Urusan atas pencapaian cemerlang oleh ahli sepanjang tahun 2017. Antara anugerah yang disampaikan adalah Anugerah Kantor Cabang Terbaik serta Anugerah Radix Hallmart Terbaik. Semoga dengan anugerah yang diberikan ini dapat menjadi pemangkin semangat buat seluruh ahli dimasa hadapan, InsyaAllah.

 



HPA International Sdn Bhd

Kongsikan di :
fidodesign.net - Malaysia Freelance Web Designer

Back To Top