Era Baru RBO Pertama

Era Baru RBO Pertama

Era Baru RBO

15 Julai 2018 – Seramai 79 orang ahli HPA International telah menyertai perjumpaan Era Baru RBO (Radix Business Opportunity) yang buat pertama kalinya diadakan untuk membincangkan kaedah perniagaan yang paling berkesan dalam era masa kini. Bertempat di Dewan Malinja, Glen 9 Shah Alam, para peserta diberikan semangat baru untuk meneruskan perjuangan penjualan produk halal di dengan lebih teratur.

Ahli dibahagikan mengikut zon: Utara, Timur, Tengah, dan Selatan dimana mereka haruslah bermunsyawarah memikirkan strategi dalam pemasaran di zon masing-masing.

Hari ini jugalah pelancaran rasmi laman web syarikat – radix.my telah diumumkan kepada ahli-ahli HPA. Laman web ini bertujuan untuk memberikan info yang lebih tepat dan membawakan pelanggan akses yang lebih mudah kepada ahli HPA supaya urusan jual beli lebih senang.

Ayuh, warga HPA, fikirkan boleh!

 

Produk Halal Tanggungjawab Bersama