skip to Main Content
FENOMENA GELOMBANG HABA DI MALAYSIA

FENOMENA GELOMBANG HABA DI MALAYSIA

Bismillah.
.
Status gelombang haba Semenanjung Malaysia pada hari ini mencecah dari 35 sehingga 37 darjah celsius.
.
Orang ramai dinasihatkan untuk kurangkan aktiviti di luar dan banyakkan minum air ,untuk mengelakkan stroke haba .
.
Daerah Petaling dan Lembah Klang tersenarai antara kawasan gelombang panas hari ini.
Berdasarkan kemaskini Jabatan Meteorologi Malaysia , Selain daerah Petaling,Kepong turut tersenarai dalam ketegori sama.
.
Lapan lagi kawasan lain yang turut merasai bahang yang sama adalah ,Chuping(Perlis),Kubang Pasu,Kota Setar,dan Sik (Kedah),Hulu Perak,Kuala Kangsar dan Kinta(perak) serta Tangkak,Johor.
.
MetMalaysia menjangkakan suhu di beberapa kawasan di negara ini akan terus meningkat pada bulan Mac nanti.
.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia , Jailan Saimon berkata ini kerana di antara Februari hingga pertengahan April merupakan penghujung monsun timur laut yang menyebabkan kadar hujan yang rendah.
.
Bagaimanapun,pihaknya tidak menjangkakan akan berlaku suhu ekstrem seperti kejadian El Nino pada 2016.
.



HPA International Sdn Bhd

Kongsikan di :
fidodesign.net - Malaysia Freelance Web Designer

Back To Top