HPA & Kayuhan MAIPs Peduli

HPA & Kayuhan MAIPs Peduli

Menjunjung Kasih Kebawah DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL, Raja Muda Perlis di atas perkenan berkunjung ke HPA Industries Sdn. Bhd. Jejawi, Perlis bersama konvoi Program Kayuhan MAIPs Peduli dalam rangka program untuk menyantuni asnaf-asnaf di sekitar negeri Perlis.

HPA International merupakan antara penyumbang dalam kerja kebajikan ini dalam menyediakan keperluan asas untuk para asnaf.

Semoga amalan kebaikan ini terus berjalan & kerjasama antara HPA International, MAIPs & Sukarelawan JKM terus terjalin erat. Jutaan terima kasih kepada semua pengguna barangan keluaran HPA International, hasil penjualan barangan HPA ada bahagiannya untuk saudara-saudara kita yang memerlukan.