skip to Main Content
Kuliah Intibah KHAS Di Glen 9

Kuliah Intibah KHAS di Glen 9

14 Julai 2018 – Seramai 103 peserta telah menghadiri Kuliah Intibah KHAS anjuran HPA International di Dewan Malinja, Glen 9, Shah Alam.

Majlis dimulai dengan penerangan aktiviti yang telah dijalankan di HPAIC Merapi oleh pengasas serta pemilik HPA International, Tn Hj Ismail semenjak sebulan yang lalu.

Antara perkara pertama yang ditegaskan oleh Tn. Hj. Ismail terhadap penduduk di kawasan berdekatan HPAIC Merapi adalah Perubatan Thibb Nabawi berkonsepkan “Tegakkan Tauhid – Jauhi Syirik”.

Pasukan HPA International telah menjalankan Kuliah Subuh Thibb Nabawi pada setiap pagi untuk membuka mata penduduk berdekatan lalu memanggil mereka kembali kepada Tuhan yang Satu. Mereka turut diberikan pendidikan mengenai ilmu herba supaya lebih dekat dengan Perubatan Islam. Pada 13 Julai 2018, keseluruhan kuliah pagi tersebut adalah sebanyak 31 sesi.

Berikutan mukadimah aktiviti HPAIC Merapi, kuliah diteruskan dengan Perubatan Islam. Tn. Haji Ismail menegaskan konsep “Tegakkan Tauhid dan Cintakan Rasul”.

Menurutnya, dalam perubatan Islam itu telah tercatit mengenai permasalahan darah beserta ubatnya, iaitu madu lebah. Pelaksanaan bekam selari dengan penggunaan madu lebah itu adalah suatu kaedah rawatan di sudut fizikal dan jiwa. Allah SWT telahpun menceritakan tentang stuktur madu lebah sebagai penawar di dalam Kalamullah-Nya. Namun begitu, setiap proses perubatan itu perlulah menggunakan tertib sepertimana terdapatnya ruku solat dimana tertinggalnya salah satu rukun akan membuatkan solat kita tidak sah. Begitu jugalah dalam perubatan – tidak boleh sewenang-wenangnya.

Proses perubatan itu perlulah mengikut tertib.

Tn. Hj. Ismail kemudiannya memberi elaborasi mengenai penggunaan madu lebah beserta kajian yang telah dijalankan mengenai kaedah-kaedah penggunaannya dalam perawatan pelbagai jenis penyakit termasuklah yang berpunca daripada gangguan aliran darah, kekurangan oksigen serta masalah sendi. Beliau turut menjelaskan penggunaan minyak dalam perawatan dan kepentingan menjaga organ hati dan usus.

Sesi petang diteruskan dengan penjelasan mendalam mengenai Penyakit Ain serta usaha menangani penyakit yang berpunca daripada gejala sel degeneratif dengan perubatan WAVE. Beliau menerangkan tentang kaedah iridologi yang digunakan dalam membantu permasalahan sistem saraf dan Alhamdulillah, testimoni pelanggan telah menunjukkan keberkesanan produk tersebut.

Tangani penyakit berpunca daripada gejala sel degeneratif dengan WAVE.

Majlis diakhiri dengan perkongsian RADIX TIN bersama para peserta setelah selesainya acara Q&A. Alhamdulillah, senyuman dan kepuasan yang terukir di bibir para peserta apabila majis bersurai.

Semoga perkongsian ilmu dapat dimanfaatkan ke arah kebaikan dan dapat kita berjumpa lagi dalam sesi akan datang.



HPA International Sdn Bhd

Kongsikan di :
fidodesign.net - Malaysia Freelance Web Designer

Back To Top