Seminar Frozen Food Pak Haji

Alhamdulillah tanggal 27 September 2020 telah berlangsung acara penuh gilang gemilang, Seminar Frozen Food Pak Haji bersama Yang Berbahagia Tn. Haji Ismail B. Haji Ahmad (Founder/Owner HPA International).

Seminar FFPH buat pertama kali ini diadakan di Concorde Hotel Shah Alam telah menghimpunkan sekitar 120 orang peserta termasuk Agen FFPH dari seluruh Malaysia. Selain pembentangan oleh Tn. Haji Ismail peserta bengkel turut disajikan persembahan kesenian oleh Kumpulan Dendang Anak. Turut dipertandingkan acara memasak dengan menggunakan bahan & produk dari Frozen Food Pak Haji. Beberapa anugerah turut disampaikan antaranya Agen FFPH Terbaik & Anugerah Sponsor Tertinggi.

Semoga Seminar FFPH yang telah berlangsung ini menjadi pembakar semangat dalam terus mengerakkan perjuangan Produk Halal ini dalam membangunkan ekonomi ummah InsyaaAllah.